Terimakasih sahabat kerana sudi menziarahiku disini! Muga kita akan bertemu, setelah sahabat berhenti keletihan dalam perjalanan yang melalui persimpangan yang tak pernah sahabat duga......

   

<< January 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31





Dalam dunia ini yang paling sulit untuk dijelaskan ialah PERSAHABATAN kerana ia bukanlah satu pelajaran yang bolih dipelajari dari sekolah tetapi bila sahabat tidak pernah merasai `makna` persahabatan bererti sahabat tidak pernah belajar apa apa pun didunia ini.......






Dalam kehidupan kita sehari hari, kita dapat melihat bahawa bukan kebahgian yang membuat kita berterima kasih tapi rasa terima kasih lah yang membuat kita bahagia.....






Semakin tua semakin aku menyedari tentang sikapku terhadap diriku sendiri.... sehingga aku merasakan sikap lebih penting dari fakta, lebih penting dari wang, dari kebahgian, kegagalan, kemewahan, pangkat, darjat, penampilan, pelajaran KERANA sikaplahlah yang membangun dan menghancurkan kehidupan,bangsa,ugama dan tanah air.....





Aku mencintai sahabat sahabatku dengan segenap jiwaragaku.. seakanakan aku mencintai sanak saudaraku.. sahabat yang baik adalah yangseiring sejalan denganku.. dan menjaga nama baikku.. ketika akauhidup ataupun setelah aku mati..






aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati.. yang tak luntur baik dalam keadaan suka ataupunduka.. jika itu aku dapatkan.. aku berjanji akan selalu setia padanya.. ku hulur tangan kepada sahabat sahabatku untukberkenalan.. kerana aku akan merasa senang.. semakin banyak akuperolih sahabat aku semakin percaya diri.





Belum pernah kutemukan didunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka.. padahal hidupku sentiasa berputar putar antara suka dan duka





kalau duka melanda aku sering bertanya 'siapakah yang sudi menjadi sahabatku' ?... dikala aku senang sudah biasa bahawa banyak orang yang akan irihati.. namun bila giliran aku susah mereka pun bertepuk tangan.





Aku dapat bergaul secara bebas dengan orang lain ketika nasibku sedang baik.. namun ketika musibah menimpaku.. kudapatkan mereka tak ubahnya roda zaman yang takmahu bersahabat dengan keadaan.. jika aku menjauhkan diri dari mereka.. mereka mencemuhkanku.. dan jika aku sakit tak seorang pun yang menjengukku.. jika hidupku berlumur kebahagian banyak orang irihati.. jika hidupku berselimut derita mereka bersorak sorai.






Tenanglah engkau dalam menghadapi perjalanan zaman ini.. dan bersikaplah seperti seorang paderi dalam menghadapi manusia.. cucilah kedua tanganmu dari zaman tersebut dan dari manusianya.. peliharalah cintamu terhadap mereka.. maka kelak kamu akan memperolihi kebaikannya..






Ketika aku menjadi pemaaf dan tak punyai rasa dengki.. hatiku lega jiwaku bebas dari bara permusuhan.. ketika musuhku lewat dihadapanku aku sentiasa menghormatinya.. semua itu ku lakukan agar aku dapat menjaga diriku dari kejahatan.. aku tampakkan keramahanku kesopananku dan rasa persahabatanku kepada orang orang yang kubenci.. sebagaimana kutampakkan hal itu kepada orang orang yang kucintai.. manusia adalah penyakit dan penyakit itu akan muncul bila kita mendekatinya.. padahal menjauhi manusia bererti memutuskan persahabatan.



Mudah mudahan anjing anjing itu dapat bersahabat denganku.. kerana bagiku dunia ini sudah hampa dari manusia.. sehina hinanya anjing ia masih dapat menunjukkan jalan untuk majikannya yang tersesat.. tidak seperti manusia manusia jahat yang selamanya tak akan memberi petunjuk.. selamatkanlah dirimu jaga lidahmu baik baik tentu kamu akan bahagia walaupun kamu terpaksa akan hidup sendiri.





Apabila engkau menginginkan kemuliaan orang orang yang mulia maka dekatilah orang yang sedang membangun rumah untuk Allah.. hanya orang orang yang berjiwa mulia dapat menjaga nama baik dirinya.. dan selalu menghormati tamunya baik ketika hidup mahupun setelah mati.






Jika sesaorang takdapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa.. maka tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya.. banyak oranglain yang dapat menjadi penggantinya.. berpisah denganya bererti istirehat.. dalam hati masih ada kesabaran buat sang kekasih meskipun memerlukan daya usaha yang keras.. taksemua orang yang engkau cintai mencintaimu..





dan sikap ramahmu kadangkala dibalas dengan sikap tak sopan.. jika cinta suci tak datang dari tabiatnya maka tak ada gunanya cinta dibuat cinta yang telah terbentuk dan akan menampakkan hal hal yang kelmarin menjadi rahsia.. selamat tinggal dunia jika atasnya tidak lagi ada sahabat yang jujur dan menepati janji...


Datangmu tidak memberi kesan dan pergi mu juga tidak akan memberi bekas buatku


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Friday, October 10, 2008
MAKSUD ISTIQAMAH

“Fastaqim kama umirta“,ayat ini telah mengubah fizikal Nabi SAW. Baginda jadi beruban dan tua, atas bebanan ayat itu.

Istiqamah… konsisten dan teguh berdiri di jalan taat, bagi yang faham akan besarnya beban untuk kekal konsisten, akan menjejak kesannya ke atas Baginda SAW. “Aku telah diubankan (dituakan) oleh Surah Hud…”, kata Baginda SAW dalam sepotong hadith yang direkod dari Ibn Abbas Radhiyallahu ‘anhuma.

Begitu sekali sukarnya untuk konsisten?

Tentu sahaja. Iman dipahat pada hati bernama QALBUN, iaitu sesuatu yang sifatnya berbolak balik. Siang beriman, malam kufur, pagi memperjuangan kebenaran, malam menjadi juara kebatilan. Hidup memperjuangkan kebaikan, mati di atas jalan kejahatan. Allah…!

Lantas memikirkan tentang Istiqamah… Baginda SAW jadi beruban… berubah fizikal dan penampilannya.

Soalnya apakah maksud istiqamah itu? Jika ia dilihat pada struktur Bahasa Arabnya, ia bermaksud terus diminta berdiri. Sesuai jugalah dengan Bahasa Melayunya yang boleh difahamkan sebagai sentiasa teguh berdiri. Atau jika di dalam Bahasa Inggerisnya, boleh juga difahamkan sebagai standing up consistently. Ada dua unsur penting pada definisi permulaan ini, iaitu berterusan dan kekal di dalam suatu keadaan, dan unsur keduanya pula ialah berdiri.. iaitu kondisi diri yang aktif lagi dinamik. Berterusan dalam keadaan sedar dan aktif terhadap suatu pegangan dan mahu pun amalan.

Banyak ayat al-Quran yang menjelaskan maksud istiqamah (Fussilat : 30-32, Al-Ahqaf : 13-14), begitu juga dengan hadith Nabi SAW. Antaranya:

Daripada Abi ‘Amrah Sufyan bin Abdillah r.a. katanya: Aku bertanya: Ya Rasulallah, ajarlah kepadaku berkenaan Islam, perkataan yang tidak perlu aku bertanya seseorang pun selain daripadamu. Sabda Nabi SAW: Katakanlah “Aku beriman dengan Allah”, kemudian istiqamah! (Imam Muslim, al-Baihaqi dalam al-Sunan 1/76, Ahmad dalam Musnadnya 5/371, dan al-Daraqutni dalam al-Sunan 3/45

Namun keseluruhan makna yang dicadangkan tentang Istiqamah, ia menjurus kepada terus menerus (konsisten) berpegang secara aktif terhadap keseluruhan kehendak Syara’.


ISTIQAMAH MENURUT SURAH HUD

“Beruban rambut Nabi SAW?”, ulang seorang sahabat semasa mendengar penjelasan saya tentang ayat ini.

“Ya… bukanlah seperti kita hari ini yang kelihatan tua kerana putus cinta, atau dikejar Ah Long”, saya bergurau.

Oleh kerana besar sekali inti Istiqamah, maka Allah SWT tidak membiarkan tuntutannya berlegar tanpa panduan. Oleh kerana Surah Hud itu yang telah begitu mempengaruhi reaksi Nabi SAW kepada perintah Istiqamah, maka marilah kita sama-sama melihat bagaimana Surah Hud sendiri memperincikan rukun Istiqamah.

“Janganlah kamu melampau”

Konsisten terjejas apabila manusia melampau. Kerana lazimnya melampau itu natijah emosi. Emosi penting untuk membakar motif perlakuan, tetapi lazim juga bakarannya hilang kawalan.

Inilah perintah SATU dari Allah SWT sebagai kriteria pertama manusia yang beristiqamah. Jangan melampau. Keterangan-keterangan al-Quran sering menyertakan perbuatan melampau ini dengan fasad. Melampau punca kerosakan. Sifat melampau (taghut) itu dirujukkan kepada kaum ‘Aad dan Thamud, Firaun dan Qarun, bahawa melampau mereka itulah yang mengundang kerosakan dan kebencanaan.

Bukan hanya pada soal moral dan akhlaq, malah hukum Allah pada alam juga begitu. Melampau pada makan minum, binasa badan, melampau pada meratah alam, kehidupan manusia binasa. Sifirnya mudah, melampau itu membunuh keseimbangan. Ia tidak mesra alam, kerana itu ia dicela Pemilik alam.

Melampau itu zalim, kerana ia meletakkan pemikiran dan tindakan di luar neraca agama yang ditentukan Allah. Lantas kezaliman itu juga harus dihindarkan sejajar dengan rukun kedua Istiqamah, iaitu jangan pula cenderung kepada golongan yang zalim. Jangan zalim, dan jangan cenderung kepada si zalim.

“Janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim”

Hasan al-Basri pernah menyebut, “telah dijadikan agama itu di antara DUA JANGAN. Jangan melampau, dan jangan cenderung kepada orang-orang yang zalim”

Kecenderungan pertama yang menghapuskan Istiqamah dan konsistensi, ialah pada kecenderungan hati dan emosi kepada manusia yang berlaku zalim. Hatinya tidak menolak, malah cenderung pula dengan jiwa dan perasan, atas sebab yang pelbagai. Rasa terhutang budi, lemah pendirian, semua itu boleh sahaja menjadi puncanya.

Manakala kecenderungan kedua pula, ialah berbalik kepada makna perkataan RUKUN yang digunakan di dalam ayat itu tadi. Rukun itu adalah tempat bersandarnya sesuatu, sebagaimana struktur rumah bergantung kepada tiang yang disebut RUKUN. Maka mereka yang cenderung kepada manusia zalim itu, antaranya ialah manusia yang bergantung kepada si zalim.

Bergantung kepadanya untuk makan minum. Bergantung kepadanya untuk mengekalkan posisi. Atau apa sahaja kebergantungan yang berbalik kepada penggadaian prinsip itu tadi.

Sufyan al-Thauri pernah ditanya oleh seseorang, “aku bekerja sebagai penjahit untuk si zalim itu. Apakah aku termasuk di dalam golongan orang cenderung kepada si zalim? (merujuk ayat surah Hud ini)”.

Sufyan al-Thauri menjawab, “tidak! Bahkan engkau termasuk di dalam golongan manusia yang zalim. Ada pun mereka yang cenderung kepada si zalim (yang disebutkan oleh surah Hud itu) ialah mereka yang menjual jarum kepadamu untuk kamu menjahit!”

Begitu sekali kerasnya amaran Sufyan al-Thauri kepada lelaki berkenaan.

Dalam sistem yang meletakkan seorang ulama itu lebih tinggi dari kabinet menteri dan Sultan, sejahteralah untuk beliau berada di dalam sistem, berperanan memimpin, memandu dan menegur perjalanan sebuah pemerintahan.

Ulama yang berani berkata benar di hadapan pemerintah, dan pemerintah yang sentiasa bersedia mendengar nasihat ulama. Maka wujudlah keseimbangan di situ. Keseimbangan yang melakar Istiqamah.

Apakah mufti, ulama dan ustaz hari ini ada kedudukan sedemikian rupa?

“Apa nak buat, nak cari makan!”, kata seorang ustaz yang berputar alam 180 darjah.

Itu alasan pertama. Terutamanya apabila orang agama kurang kemahiran. Hanya kenal kitab bukanya isi. Pulang dari bumi Anbiya’ dengan isteri dan anak tiga. Peluang kerja amatlah sulit, beban hidup makin bertambah, ahli keluarga mula menyampah, lantas segala idealisma yang diperjuangkan, rebah di bawah slogan apa nak buat, nak cari makan. Lebih hodoh lagi, jika alasan ini terpacul dari mulut seorang aktivis yang pernah melampau.

Dahulunya dia melampau, kemudian berubah kepada bersanadkan keperluan hidup dengan pemerintah, bekerja sebagai jurucakap siasahnya. Maka lengkaplah dua rukun utama yang meruntuhkan konsistensi juga Istiqamah. Lupalah dia kepada nasihat Hasan al-Basri, bahawa agama ini dibina di antara dua jangan. Jangan melampau, dan jangan cenderung kepada orang-orang yang zalim.

“Kalau boleh dakwah pemerintah, pemerintah akan support dakwah”, kata seorang ustaz yang lebih tinggi martabatnya.

Inilah yang menggentarkan jiwa saya. Betapa liciknya pertimbangan kita dalam membaca realiti. Dan langsung enggan peduli kepada sejarah yang menunjuk ajar. Satu demi satu, pendakwah menyandar harapan pada sokongan pemerintah.

Pemerintah belum tentu berubah, tetapi diri si alim itulah yang hilang konsistensi, tersasar dari jalan Istiqamah.

Posted at 12:08 pm by shukoryon
Comment (1)  

Monday, October 06, 2008
IMEJ BARU


Hidup bagaimanakah yang engkau rasa bahagia
Penuh makna ada cita
Diri yang sudah tidak lagi punya pertimbangan
Menerima apa sahaja

Dalam pencarian menentukan arah tujuan
Berbekalkan hanya perasaan
Hanya mengikut arus perjalanan rakan-rakan
Juga gaya teman-teman

Wahai sekalian rakan
Dengarlah, ini pesanan
Kami adalah teman
Yang inginkan kebaikan

Pencarianmu itu
Tak ada kesudahannya
Jika kau tak bertanya
Pada Tuhan yang memberikan jawapan

Telah dinyatakan tujuan kita diciptakan
Bukan untuk ini semua
Masa depan agama dan nasib yang tak terbela
Semuanya di tangan kita

Pemuda yang semangat jihadnya teguh di hati
Tidak akan gentar dicabar
Tinta emas yang mencatatkan sejarah gemilang
Telah pasti ia kan berulang

Yang perlu hanya kesedaran
Bersama diri yang ada kekuatan
Iman dan kesabaran
Yang mesti diusahakan

Banggalah dengan gayamu
Hidup seorang pejuang
Nyatakan pada dunia
Masa depan untuk Islam, untuk kita

Posted at 08:57 am by shukoryon
Make a comment  

Tuesday, September 30, 2008
Apa lepas ni...????

“Apa selepas Ramadhan?”, persoalan berat yang mengulang datang.

“Kembali kepada diri sebelumnya?”, kebarangkalian yang amat meletihkan. Timbul bibit sesal.

“Mampukah untuk terus berlaku baik dan terus menerus menambah baik?”, pertanyaan yang berat di pertimbangan.

Segalanya menjadi bahan renungan pada malam-malam akhir melepaskan Ramadhan. Menggamit Syawwal dengan seribu satu persoalan, yang kesemuanya adalah tentang ISTIQAMAH.

Itulah persoalannya. Istiqamah, konsistensi untuk kekal baik dan lebih baik.

KEPELIKAN

Memang pelik, manusia berbondong-bondong mengejar solat SUNAT Tarawih di Masjid, tetapi lengah terhadap solat FARDHU yang WAJIB sepanjang masa. Pelik benar Ramadhan diisi dengan al-Quran, 11 bulan yang lain, al-Quran ditinggalkan. Janggal benar, Ramadhan menutup aurat, bulan-bulan yang lain macam berubah hukum, berubah Tuhan… justeru asing sekali, puasa sudah puasa, tetapi SOLAT belum-belum juga! Angel

Semua itu adalah sebahagian daripada kepelikan . Keganjilan yang terbit daripada berlainannya watak dan pembawaan kita di dalam bulan Ramadhan dan bukan Ramadhan.


Itulah kusutnya persoalan istiqamah.

Posted at 10:31 am by shukoryon
Make a comment  

Saturday, September 27, 2008
Maafku pohon

Sempena Ramadhan Al mubarak bulan yg mulia ini , jernihkanlah hati, dan jernihkanlah perhubungan. isikan hati dengan keindahan bulan dan keimanan , muga kesilapan dalam perkataan, perbuatan dan tulisan shukoryon/indra azman dapat dimaafkan.

selamat menyambut hariraya adilfitri dan lalui kehidupan dengan langkah baru untuk tidak menjadi munafik pada diri, masyarakat dan alam,. kita tidak perlu menjadi munafik dalam perkataan demi menjaga hati sesiapapun... benar katakanlah benar tidak katakan lah tidak.... bukan itu kejujuran namanya bila kita berkata sejujur jujurnya.... walaupun pahit pada yg mendengar???? cry

Posted at 03:23 am by shukoryon
Make a comment  

Friday, September 19, 2008
dunia teater

sejarah penglibatan dalm dunia teater terhimpun d cini :-

http://202.190.126.84/utusan/keyword_search.asp


Posted at 05:56 am by shukoryon
Make a comment  

Thursday, September 18, 2008
Fitnah

 SATU sikap yang merosakkan persaudaraan dan perpaduan umat Islam ialah 'suka membawa mulut', mereka-reka serta menambah cerita buruk, malah melaga-lagakan orang se hingga kisah yang pendek menjadi panjang.

Ia juga disebut menabur fitnah atau 'namimah' iaitu men ceritakan keburukan orang di khalayak ramai dengan tujuan menimbulkan kebencian dan permusuhan terhadapnya.

Kesan daripada perbuatan itu bukan hanya merugikan seorang dua, malah menyebabkan hilangnya perasaan kasih sayang, hormat dan kepercayaan di kalangan masyarakat, sehingga runtuh segala sendi kebahagiaan hidup berma syarakat.

Sikap seperti itu sangat tercela. Ia satu daripada perbuatan dosa besar yang akan mendapat ancaman seksa amat berat di hari pembalasan kelak.

Antara faktor yang menimbulkan fitnah ialah dorongan perasaan iri hati atau dengki terhadap orang lain, ditambah kekurangan iman dan tiada kefahaman mengenai larangan dan kemurkaan Allah, malah hati dan jiwa seseorang yang kotor, lemah tahap pemikirannya dan sukar menerima kebenaran.

"Adapun orang yang berpenyakit dalam hati mereka, maka surah itu menambahkan kekotoran pada kekotoran yang sedia ada pada mereka; dan mereka mati, sedang mereka berkeadaan kafir." (at-Taubah:125)

Rasulullah s.a.w menegaskan, menyelidiki rahsia dan mem fitnah orang lain yang baik, termasuk ciri orang munafik yang mengaku beriman dengan lidahnya, sedangkan hatinya benci. Mereka di hari kiamat akan dibebani dengan dosa besar di depan Allah.

Bagi Muslim sepatutnya perlu bertanggungjawab atas apa yang ditulis, diucap dan disebar, bukannya menulis, bercakap dan menyebarkan berita mengikut sesedap hati tanpa di selidiki, kerana semua itu akan ditanya Allah.

"Dan janganlah kamu mengikut apa yang kamu tidak ketahui; sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya akan ditanya apa yang dilakukan." (al-Isra:36)

Allah tidak membenarkan perkara keji, berita palsu ber kembang dalam masyarakat Islam, lebih-lebih lagi jika ia membabitkan kehormatan dan maruah seseorang.

Orang yang suka mengadu domba tidak akan masuk syurga, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Tidak masuk syurga orang yang suka mengadu domba."

Sebagai Muslim, sepatutnya masing-masing menghayati pengertian terhadap 'Islam' yang dianuti dan dijadikan cara hidup, iaitu kesejahteraan.

Agama kesejahteraan bukan hanya menjamin kesejahteraan kepada diri sendiri, malah ia juga memberikan kesejahteraan kepada orang lain, dengan tidak mengata terhadap saudara seagama, tidak menyakiti mereka dan tidak mencabuli hak mereka.

Perbuatan menabur fitnah sebenarnya lebih kejam daripada membunuh, kerana kesan kerosakannya lebih teruk. Jika dengan membunuh, walaupun ia tetap salah, tetapi mang sanya mungkin seorang, tetapi dengan fitnah mungkin mengakibatkan ramai orang dan kesannya berentetan se hingga bertahun-tahun.

"Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. Oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat saksi itu, maka mereka itu pada sisi hukum Allah adalah orang yang dusta.

"Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu, di dunia dan di akhirat, tentulah kamu dikenakan azab seksa yang besar disebabkan kamu turut campur dalam berita palsu itu.

"Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai penge tahuan mengenainya; dan kamu pula menyangka perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya.

"Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang yang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan suatu mu sibah kepada kaum dengan sebab kejahilan kamu sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu lakukan." (al-Hujuraat:6)

Posted at 08:52 am by shukoryon
Make a comment  

Wednesday, September 17, 2008
Al-Bukhari dan Muslim.

" Daripada Ummul Mukminin, Ummi Abdullah Aisyah r.a. katanya : Telah bersabda Rasulullah SAW : ' Barangsiapa yang mengada-adakan sesuatu dalam agama yang bukan darinya adalah tertolak ', ~ diriwayatkan dari Al-Bukhari dan Muslim.

Dan pada riwayat yang lain oleh Imam Muslim : " Barangsiapa yang melakukan sesuatu amalan yang tidak dari perintah kami, maka ia adalah tertolak. "

Posted at 07:13 pm by shukoryon
Make a comment  

Tuesday, September 16, 2008
AYO PUASA SEBENARNYA JANGAN PUASA DAGANG

Ditulis oleh Yanto :

Rosulullah Saw. pernah bersabda : “Berapa banyak mereka yang berpusa itu tidak mendapatkan apa-apa melainkan hanya Lapar dan Haus saja”.

Di Hadits lain Beliau bersabda : “Barang siapa yang berpuasa di Bulan Romadhan dengan di dasari Iman dan Introspeksi Diri maka Allah akan mengampuni Dosa-dosanya yang lalu sampai akan datang”.

Siapakah mereka itu yang telah mendapatkan ke Istimewaan Luar biasa…..?

Yaitu mereka-mereka yang di dalam memasuki Bulan Romadhan mengerti akan Arti dan Hikmahnya Puasa itu, tidak hanya ikut-ikutan berpuasa.

Bagi sebagian orang berpuasa itu adalah kewajiban sehingga kita harus menunaikannya walau tidak mengerti sekalipun Hikmah Puasa itu.

Sebagian Lagi yang dimengerti di dalam Puasa itu adalah mengumpulkan Pahala sebanyak-banyaknya dan beribadah sebanyak-banyaknya agar bisa masuk kedalam Surga.

Ada yang Luar Biasa Lagi…. Bulan Puasa itu bagi sebagian orang lagi selain mengumpulkan Pahala dan kebaikan sebanyak-banyaknya, juga berjualan makanan disiang hari untuk mendapatkan keuntungan di Dunia. He… He… itu sih Namanya Sambil menyelam minum Air.

Lalu mereka itu bukannya Puasa Ridho Allah melainkan Puasa bedagang. Mereka yang mengharapkan Pahala itu adalah Pedagang Akhirat sedangkan mereka yang berjualan di siang hari itu Pedagang Dunia.

Jika sudah demikian Kebanyakan Muslim itu Pedagang Ya?

Lalu yang seperti apakah Puasa sebenarnya itu?

Mari kita simak perjalan Rosulullah Saw, diwaktu detik-detik turunnya Al-Qur’an. Apa yang di lakukan Nabi di Goa Hiro? tentu semua sudah tahu sebagaimana yang ditulis-tulis dibeberapa kitab maupun apa yang disampaikan para Penceramah, Bahwa Rosulullah Saw sedang bertahanuts/berhalwah mendekatkan diri kepada Tuhan Pencipta Seru Sekalian Alam. Adakah Nabi menyampaikan bahwa Aku di goa Hiro itu bertahanuts untuk mencari pahala dari Tuhanku? Tidak.. kan! Tapi Beliau semata-mata mendekatkan diri kepada Allah Swt dengan Tadabbur Alam/ merenungkan penciptaan sekalian Alam yang saat ini biasa disebut dengan Tafakkur/ Introspeksi Diri.

Dalam bahasa Tasawuf Tafakur atau Introspeksi itu adalah belajar untuk mengenal kepada Diri sendiri sebagai jalan untuk mengenal Allah.

Man Arofa Nafsahu faqod Arofa Robbahu : “Barang siapa yang mengenal akan dirinya niscaya kenallah ia kan Tuhannya”.

Sehingga tidaklah datang nya Bulan Puasa itu melainkan bagi mereka yang mengerti yaitu untuk mengenal akan Allah Swt, melalui Tafakkur/Introspeksi/Musyahadah/I’tikaf dll. Setelah ia mengenal akan Allah tidaklah bagi mereka , di bulan Romadhan ini adalah suatu bulan yang khusus untuk mendekatkan diri kepada Allah Swt tak ubahnya seperti seseorang yang Wukuf di padang Arofah pada saat melaksanakan Haji.

Dan apapun yang dijalankannya di dalam Bulan Puasa itu dengan Ibadah maupun Amaliyahnya semata-mata untuk mendekatkan Diri kepada Allah di dalam Ma’rifatullah dan Mahabbatullah.

Itulah mereka yang berpuasa sebenarnya, yang akan diterima oleh Allah amal ibadahnya. Dan jika di bandingkan dengan mereka yang Puasa Dagang perbandingan nya sangat jauh sekali.

Semoga Puasa di tahun ini tidak sia-sia, maka sempurnakanlah ibadah puasa itu dengan menuntut Ilmu yang akan mengantarkan kepada Ridho Allah Swt. Dan tidaklah Ilmu yang mengantarkan ridho Allah melainkan ilmu yang berlandaskan marifatullah

Posted at 05:46 pm by shukoryon
Make a comment  

Monday, August 25, 2008
Saya belajar,

Saya belajar,
bahawa saya tidak dapat memaksa orang lain mencintai saya,
saya hanya dapat melakukan sesuatu untuk orang yang saya cintai...
 
Saya belajar,
bahawa bertahun-tahun waktu diambil untuk membangun kepercayaan
dan hanya beberapa detik saja untuk menghancurkannya. ..
 
Saya belajar,
bahawa sahabat terbaik bersama saya dapat melakukan banyak hal dan kami selalu memiliki waktu terbaik...
 
Saya belajar,
bahawa persahabatan sejati sentiasa utuh walau dipisahkan oleh jarak yang jauh dan beberapa di antaranya melahirkan cinta sejati..
 
Saya belajar,
bahawa jika seseorang tidak menunjukkan perhatian seperti yang saya inginkan, bukan bererti dia tidak mencintai saya...
 
Saya belajar,
bahawa sebaik-baiknya pasangan itu,mereka pasti pernah melukai perasaan saya dan untuk itu saya harus memaafkannya. ..
 
Saya belajar,
bahawa saya harus belajar mengampuni diri sendiri
dan orang lain kalau tidak mahu dikuasai perasaan bersalah terus menerus...
 
Saya belajar,
bahawa linkungan dapat mempengaruhi peribadi saya,
tapi saya harus bertanggung jawab untuk apa yang saya telah lakukan...
 
Saya belajar,
bahawa dua manusia dapat melihat sebuah benda
tapi jarang dari sudut pandang yang sama...

Saya belajar,
bahawa tidaklah penting apa yang saya miliki
tapi yang penting adalah siapa saya ini sebenarnya.. .
 
Saya belajar,
bahwa tidak ada yang instant atau serba cepat di dunia ini, semua memerlukan proses dan 
pertumbuhan, kecuali saya ingin sakit hati...
 
Saya belajar,
bahawa saya harus memilih apakah menguasai sikap dan emosi atau sikap dan emosi itu yang menguasai diri saya...
 
Saya belajar,
bahawa saya punya hak untuk marah,
tetapi itu bukan bererti saya harus benci dan berlaku bengis....
 
Saya belajar,
bahawa kata-kata manis tanpa tindakan
adalah saat perpisahan dengan orang yang saya cintai...
 
Saya belajar,
bahawa orang-orang yang saya kasih
sering datang dan pergi dari kehidupan saya...
 
 
 

Tongue




Posted at 10:23 am by shukoryon
Make a comment  

Thursday, August 14, 2008
Batu Nisan

Entah mengapa tetiba arini aku teringat Batu nisan. dan tertanya tanya lak nape satu masa dulu batu nisan  diletakkan terbaring di atas liang lahat tapi entah zaman bila lak ianya d pacak atas liang lahat. Bagiku batu nisan  bukan sekadar d lihat sebagai tanda d kubur semata2 tapi kita perlu merenungkan makna....

Di dalam dunia yang cenderung tidak memiliki tradisi untuk memahami makna, maka status pembuat batu nisan tidak mungkin ada org yg berminat untuk mengcukil terhadap hasil kerja tangan mereka yang mempunyai penilaian dan pandangan yg tersirat erti dan makna batu nisan. Walhal pembuat batu nisan dapat menggali seluruh potensi yang 'dimilikinya' untuk melahirkan dirinya sendiri Karena itu tidaklah mungkin seorang pembuat batu nisan lahir dari sebuah situasi kekosongan.Ia hanya mungkin lahir dari sebuah perenungan atau pemikiran yang sudah "terutus" atau dari "bisikan ghaib".Dan bilamana si pembuat batu nisan terpaksa muncul dari sebuah situasi kekosongan, ia tidak akan mungkin bertahan dalam keadaan sedemikian rupa kerana itu dia akan  terus-menerus berusaha melepaskan diri dari belenggu yang mengungkung dirinya lalu terjadilah kesulitan yg "menimpa".

Seorang pembuat batu nisan harus mampu memberikan makna bagi dirinya sendiri dan terutama bagi ukiran ukiranya pada batu nisan, karena ia membawa amanat besar untuk tujuan memberi "tanda" utk keluarga simati atau pada masyarakat sekilingnya. dalam erti kata lainnya sebagai sebuah bentuk komunikasi timbal balik antara dirinya sendiri dengan masyarakat.

Sudah menjadi tugas seorang pembuat batu nisan untuk menemukan pintu keluar bagi simati yang menghadapi "kesulitan"  kerana itu pembuat batu nisan harus sampai pada kesadaran baru untuk memaksimakan semua potensi yang dimilikinya, bukan lagi sebatas angan-angan, atau sekedar sebagai mimpi dan ilusi. Karena ilusi atau mimpi sekalipun bila ia tampil dapat sebagai sebuah gambaran nyata dari kehidupan. Sudah menjadi tugas utama para pembuat batu nisan untuk memberikan dan mempertahankan kehidupan dan bukannya tunduk pada kekuatan kematian atau tekanan kekuasaan atau "melepaskan tangan".

Apa yang akan terjadi sekiranya kita memberikan nyawa pada sebongkah batu? Maka batu itu pastilah akan menyerukan ke’diam’annya, malahan mungkin ia akan meneriakkan kebekuannya lebih nyaring daripada apa yang sanggup di dengar oleh indera pendengaran kita. Dan demikianlah seharusnya pembuat batu nisan menyuarakan dirinya sendiri. Tapi apa yang sebenarnya telah terjadi pada pembuat batu nisan sejauh ini, dan bagaimana pandangan orang terhadapnya?

Masih adakah pembuat batu nisan bagai sebuah lampu yang memiliki fungsi untuk membuat segala sesuatu terlihat lebih jelas? Ia hadir sebagai sebagai pelengkap, sebagai subjek dan objek sekaligus.Apalah arti batu bila hanya untuk disepak atau ditendang orang? Tapi siapa berani menendang batu nisan di tengah kuburan? Bagaimana pula orang memperlakukan sebuah batu mulia?

Sesaorang yang menerima amanah untuk membuat batu nisan bererti dia adalah "perwakilan" untuk menjadi seorang manusia maka ia harus seutuhnya manusia, ia bukan sekedar mata kanan atau mata kiri, bukan pula tangan kanan atau tangan kiri. Karena ia bukan lembu, gajah, kucing atau ayam jantan, kerana itu dia memiliki "amalan khusus"

Inilah tujuan utama mengapa sesaorang itu d pilih untuk membuat batu nisan, bukan sekedar untuk merayakan kepedihan, atau mengungkapkan keluhan. Ia harus sanggup memberikan kehidupan dan tempat yang seluas-luasnya bagi mereka yang memerlukan sebuah "jalan lurus".


# Cara seseorang memandang hidupnya akan menentukan bagaimana ia menjalaninya. Percaya bahwa Tuhan telah mensiapkan rancangan yang terbaik bagi kita tidaklah cukup. Bagaimanapun kita tetap harus bertindak atas usaha untuk memberikan seluruh aspek hidup sebagai persembahan yang terbaik bagi Dia, masyarakat dan diri kita sendiri. Dengan kata lain, kita tetap harus mengetahui bagaimana pilihan hidup kita bolih menjadi sebuah perjalanan yg tepat sekaligus d berkati Tuhan tidak kira bidang apa yg kita ceburi.

Posted at 09:10 pm by shukoryon
Make a comment  

Next Page